Rabu, 10 November 2010

LUDWIG VAN BETHOVEEN

Ludwig van Beethoven

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Potret Beethoven dilukis oleh Joseph Karl Stieler 1820
Ludwig Van Beethoven (dibaptiskan 17 Disember 177026 Mac 1827) ialah seorang penggubah Jerman dan juga seorang tokoh unggul dalam sejarah muzik klasikal. Beliau juga merupakan seorang ahli muzik terpenting dalam tempoh peralihan antara muzik era klasikal dan muzik era romantis di dalam muzik barat. Muzik dan reputasinya banyak memberi inspirasi dan juga memberi tekanan dan cabaran kepada ramai penggubah-penggubah untuk generasi-generasi berikutnya, begitu juga kepada ahli-ahli muzik dan para pendengar. [1] Walaupun beliau pada hari ini dikenali sebagai seorang penggubah, Beethoven adalah juga seorang pemain piano yang dikagumi.
Beethoven berpindah ke Vienna, Austria, ketika berumur awal 20-an, dan menetap di situ. Beliau belajar muzik di bawah bimbingan penggubah ternama, Joseph Haydn dan dengan pantasnya, mencapai kemasyhuran sebagai seorang pemain piano yang amat cemerlang.
Walaupun pendengaran beliau mula beransur-ansur hilang pada akhir 20-an, Beethoven terus gigih menghasilkan karya-karya agung di sepanjang hidupnya. Karya beliau terus dibuat walaupun setelah pendengaran beliau telah hilang sama sekali dan menjadikan beliau pekak.
Beethoven juga seorang penggubah bebas pertama dengan membuat penggubahan muzik untuk konsert-konsert, menjual gubahan muziknya untuk penerbit-penerbit dan mendapat bantuan kewangan daripada sebilangan pelanggan-pelanggan kaya. Beliau memilih kerja bebas daripada mencari pekerjaan tetap di gereja atau tempat bangsawan sepertimana pemuzik atau penggubah lain.

Biografi

Potret Beethoven ketika berusia 13 tahun
Beethoven dilahirkan di Bonn, Jerman pada tahun 1770 anak kepada Johann van Beethoven (17401792), seorang pemain muzik berketurunan Flemish dan Maria Magdalena Keverich (17441787), anak kepada ketua dapur di kubu Festung Ehrenbreitstein.
Beethoven merupakan salah seorang dari tujuh adik beradik tetapi hanya beliau dan dua adik-adiknya yang hidup. Beethoven dibaptiskan pada 17 disember 1770. Walaupun tarikh lahir beliau tidak diketahui secara pasti, namun keluarganya (dan kemudian, gurunya Johann Georg Albrechtsberger) menyambut hari jadi beliau pada 16 Disember.
Ibu Beethoven meninggal dunia pada 17 Julai 1787, ketika beliau berusia 16 tahun. [2] Disebabkan ketagihan alkohol ayahnya menjadi teruk, Beethoven terpaksa memikul tanggung jawab menjaga ke-dua adik-adiknya. Beethoven berpindah ke Vienna pada tahun 1972, di mana beliau beliau belajar muzik untuk seketika bersama dengan Joseph Haydn, walaupun sebenarnya beliau berminat untuk belajar muzik dengan Mozart yang meninggal dunia setahun sebelumnya,
Beethoven menerima latihan tambahan dalam bidang muzik daripada seorang kaunterpoin terkemuka Vienna, Johann Georg Albrechtsberger dan juga penggubah dan konduktor muzik terkenal Itali, Antonio Salieri. Pada tahun 1793, Beethoven mula terkenal dan bertapak sebagai pemain piano cemerlang di Vienna. [3]
Antara karya-karya beliau yang pertama adalah gubahan opus untuk sebuah set tiga penyanyi dan tiga piano berkumpulan pada tahun 1795.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

tourink

tourink

Pages

with my friend

with my friend

@ jogja

@ jogja

with d'old

with d'old

nak SMA

nak SMA

total tayangan laman

Website counter